Cuti Sekolah bermula..

Blog tak update lagi?..kena penyakit M ke, mood ke laut, habis idea ka apa.. Sue Bee masih mencari masa sesuai untuk duduk mengadap blog 24 jam 7 hari seminggu..alamatnya tak berasap lagi la dapur. Budak-budak dah mula bercuti jadi mak nya pon ikut sama bercuti..koh!koh!koh!!!
Ni nak tanya skit kat blogger khas nya cikgu-cikgu sekolah rendah..kena jawap betul2 tau kalau tak potong markah..Okey macam ni sebenarnya..untuk hari persekolahan yang ada subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, seperti yang kita sedia maklum ada pekeliling yang menyebut, membenarkan murid-murid menggunakan baju sesuai untuk PJK sebagai contoh..baju T rasmi sekolah dan seluar serta berkasut.  Soalan penting ni ialah..patut ke tidak guru mengarah supaya murid-murid menukar baju selepas subjek PJK ke baju seragam sekolah.  Apa yang Sue Bee faham setakat ni, murid-murid dibenarkan menggunakan baju T yang digunakan semasa PJK sehingga tamat waktu sekolah.  Okey cikgu-cikgu semua, soalan cepu emas dah tamat..kalau ada yang sudi perjelaskan, silakan..

Tepung Naik Sendiri




gabungan dua bahan di atas boleh menghasilkan magik..

Tepung pon boleh naik sendiri? Ni magik ka apa?..Kenapa dipanggil tepung naik sendiri?..Yelah tak perlu pam angin..amik jawapan nih..Sekeh telinga nanti baru tau siling dapur tinggi rendah..haha!!..Tepung naik sendiri sebenarnya gabungan tepung gandum serbaguna yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik dengan kadar tertentu..Kalau takda tepung naik sendiri, anda juga boleh menghasilkan dengan mencampurkan tepung gandum biasa dengan serbuk penaik.  Sebagai contoh, setiap berat tepung gandum 120gm hingga 200gm, anda perlu tambah satu sudu teh serbuk penaik dan diayak bersama. Mudah sajakan?!..Tamat cerita..

Giacomo


giacomo
bole percaya ke tak ni??


produk giacomo
suka tengok..

Rasa gatal tangan la pulak nak menguji kehebatan mangkuk Giacomo..yelah takut kan tertipu..almaklumlah produk zaman sekarang ni, susah sikit nak 100% dipercayai.  Tengok saja apa yang Sue Bee buat dengan mangkuk Giacomo ni..suhu 150ÂșC, selama 25 minit..

giacomo
foto tak lawa..gelap

haaa!!..baru ku tau mangkuk Giacomo ni memang tahan panas.  Masa ni Sue Bee baking Sheperd Pie..hasilnya memang la mangkuk Giacomo tu tak pecah..Jangan minta Sue Bee buat ujian lain pulak ke atas mangkuk kesayangan ni yer..


produk giacomo, sheperd pie
Sheperd's Pie..yummy!!

Lagu untuk Guru

Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh
Bermula A B C sampai Z
Hitung satu sampai sepuluh
.......
Berkat kesabaran
Guru bijaksana
Memberi berbagai petunjuk
Hari demi hari
Kami pun mengerti
Pelajaran nilai nya tinggi
..
Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah kini ucapan kami
TERIMA KASIH CIKGU..

*Ada yang ingat tak lagu ni..maaf sebab ada ruang kosong..lirik dah lupa..


Pop Ice






Hari tuh Sue Bee buat entry menyukat keluasan Serikin..jadi separuh dari hasil jenjalan dari hujung ke hujung, anak-anak request beli  Pop Ice.  Pop Ice ni sebenarnya dalam bentuk serbuk..hanya perlu ditambah sedikit air, lebih kurang 200ml dan ketulan ais .  Lepas tu dikisar hingga aisnya hancur.  Pelbagai pilihan rasa Pop Ice ni sebenarnya..tapi Sue Bee pilih 3 perisa saja..laici, tembikai susu dan coklat.  Kalau beli 3 papan (satu papan ada 10 paket) harganya cuma RM10 saja.  Paling sedap kalau diminum masa cuaca panas terik..