Rahsia Cucur Udang yang sedap.





1.      Adunan tepung perlu ditambah serbuk penaik.  Biasanya saya guna jenama Royal Baking Powder (dalam tin warna merah).  Fungsi serbuk penaik ialah merangupkan cucur apabila digoreng dengan minyak banyak (deep fry).
2.    Minyak kena banyak kalau nak menggoreng.  Jika minyak sedikit sangat (rupa pun sekadar nak tak nak tenggelam je..), cucur akan lembik.Adunan kena sebati dan tidak terlalu cair. Adunan yang pekat menghasilkan cucur liat dan tidak rangup.
3.    Tambah garam ke dalam adunan.  Fungsi garam sebenarnya menambahkan rasa ‘kelemakan’ masakan.  Tak perlu banyak, sekadar secukup rasa saja.
4.    Selain daripada udang, anda boleh menggantikannya dengan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur ke dalam adunan.  Anda juga boleh menggunakan hirisan bawang merah goreng garing jika alergi dengan udang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih