Ayam Goreng Samboi


4  ketul kepak ayam segar (selalunya saya potong 2)
5-10 biji Asam boi merah
Tepung goreng Adabi secukupnya (guna tepung gandum pun boleh)
Minyak untuk menggoreng (deep fry)

Cara-cara
1.Bersihkan kepak ayam, toskan dan campurkan dengan asam boi. Sebaiknya perap 2jam. Kalau perap semalaman lagi sedap sebab rasa asam boi meresap ke dalam daging.
2.Masukkan tepung dan gaul rata kemudian bolehlah digoreng ke dalam minyak yang cukup panas.



Tips berguna:
*Untuk resepi ni saya guna asam boi merah..warna lain selain daripada tu tak berapa sesuai. Asam boi berkualiti baik dalam berkeadaan kering, bersaiz besar dan kita boleh nampak ‘kerut-kerut’ pada kulitnya. Jangan beli jika asam boi kelihatan basah (sembab) dan kulit ‘terburai’ bila dicubit sedikit (agak bertepung).

*Dan satu hal lagi, warna asam boi itu sendiri.  Pilihlah asam boi yang warnanya ‘kurang merah’ yakni “keorenan” sikit..Bagi saya, lebih baik jika beli yang pakai timbang sebab kita boleh sentuh dan rasa sebelum membeli berbanding yang dah sedia bungkus. Selalunya 100gm terjual dengan harga RM2.50 atau kurang.

*Rasa asam boi tidak terlalu masin, sebab jika terlalu banyak rasa garam, ayam yang diperap tadi akan hilang ‘moist’ dan bila digoreng ianya akan rasa keras dan kering.

*Penggunaan tepung penting dalam gorengan ayam sebab fungsi tepung adalah untuk meresap ‘jus’ ayam –tak de lah yang kena tembak minyak..he…he..

*Minyak kena banyak untuk menggoreng ayam dan betul-betul panas.  Kalau tidak cukup panas, gorengan tadi akan lebih  berminyak dan tidak rangup.

*Selain menggoreng, kita boleh panggang jugak ayam samboi ni..yeahhh BBQ time!

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih