Biskut Ikan Bilis Goreng

Untuk ruangan masakan mudah kali ni, saya nak kongsikan resepi sejenis biskut pusu @ ikan bilis cara goreng.  Resepi biskut ni simple, bahan yang diperlukan tak banyak..Lagi satu perihal biskut goreng ni adalah resepi dari emak saya sendiri yang buat..tak tiru dari blog resepi orang lain..Bagi anda yang ada banyak masa lapang tu..boleh lah cuba..
Bahan-bahan
320gm tepung gandum
80gm majerin Planta (apa-apa jenis majerin pon boleh)
60ml air (jangan guna air paip laa)
Segenggam ikan bilis
5 ulas bawang merah
Secubit garam
Cara-cara
1.    Ikan bilis dan bawang merah dikisar halus-halus.
2.   Tepung gandum disatukan dengan Planta, secubit garam, bahan kisaran tadi dan campur rata..ni kena guna tangan saja.Bila dah betul betul sebati, masukkan air dan uli hingga menjadi doh..Sukatan air yang saya berikan ni amat sesuai untuk menghasilkan doh yang boleh digelek..So jangan tambah lagi kuantiti airnya, ya..nanti lembik.
3.   Dengan menggunakan mesin pasta, gelek doh (guna saiz 7), potong selebar 1 inci setiap satu..Lepas tu gelek lagi potongan kecil kecil tu tadi menggunakan bahagian pemotong mi (saiz kueh tiaw)..setiap mesin pasta garenti ada pemotong mi.
4.   Dah habis gelek, boleh lah digoreng hingga garing..ingat!! kena guna minyak yang banyak untuk menggoreng biskut ni..
5.   Toskan biskut dan sejukkan.  Simpan biskut goreng dalam bekas kedap udara..ianya boleh tahan selama berbulan-bulan..
Ni dah siap goreng,toskan minyaknya

Campur bahan-bahan kering jadik macam ni

Dah uli sebati jadi doh


Gelek guna mesin pasta.

Potong lebih kurang panjang seinci setiap satu
Guna bahagian pemotong mi pulak

Hasilnya lebih kurang macam ni la..
Goreng dalam minyak yang cukup panas dan banyak..

Biskut yang membawa kenangan manis ketika masa budak-budak dulu, emak saya selalu buat untuk bekalan sekolah..Selamat mencuba..

3 ulasan:

  1. Simple je resipi ni.. nk cuba buat la.anak suka sangat makan kerepek ni. Terima kasih berkongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, SH..senang buat tu

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih