Biskut Angry Bird

Bahan-bahan
130gm mentega (saya guna brand Farm Cow)
60gm gula aising
1 biji kuning telur
120gm tepung gandum
30gm tepung kanji
50gm tepung beras
1 sudu teh pes strawberi
Biji bijan hitam (secukupnya)
Pewarna coklat dan toothpicks
Gula-gula hiasan bentuk hati (secukupnya)

Cara-cara
1.    Tepung gandum, tepung kanji dan tepung beras pulut diayak bersama.
2.  Gaul mentega, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan masukkan tepung tadi.  Uli hingga menjadi doh.
3.  Asingkan 30gm dari doh tadi dan biarkan dengan warna asal.  Doh selebihnya di tambahkan dengan pes strawberi dan uli hingga sebati
4.  Ambil sesudu teh rata doh berwarna (saya gunakan sudu sukatan cecair khas), bentukkan kepada segitiga..
5.  Untuk langkah seterusnya, sila tengok gambar di bawah.. ni kes payah nak terangkan sebenarnya..
6.  Bakar biskut dengan kepanasan 120°C selama 20-25 minit.  Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Yang ni dah siap dah..tunggu nak dimakan je lagi..

Kena sediakan buku resepinya dulu..Cartoon Cookies Y3K Cookbook..Tq

Doh asingkan dan warnakan

Buat bentuk segitiga pas tu lekatkan doh asli kat dadanya

Lekatkan heart shaped deco sugar sebagai paruh

Pastu lekatkan jambulnya pulak

Bijan hitam dilekatkan sebagai matanya

Jangan dilupakan kening ala Ziana Zain gitu dan kepak di kedua-dua belah..

2 ulasan:

  1. serius sayang nak makan kalo biskut kiut macam ni

    BalasPadam
  2. Sayang2 pon kena makan gak lah, chegu..memang sedap biskut nih.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih