Christmas Tree Cookies


Bahan-bahan
160gm Buttercup
60gm gula aising
1 biji kuning telur
140gm tepung gandum
40gm tepung jagung
10gm tepung kastard
10gm susu tepung
100gm kacang parang atau broad beans (saya guna brand Tat Sun) – dikisar halus-halus
Putih telur – untuk disapu pada permukaan biskut
Star shaped dan silver balls decoration sugar (ada jual kat supermarket atau bakery)
Acuan biskut berbentuk pokok pine

Cara-cara.
1.    Satukan kesemua jenis tepung termasuk tepung susu dan ayak.  Masukkan kacang parang yang telah dikisar halus.
2.  Pukul kuning telur bersama Buttercup dan gula aising hingga gebu dan masukkan tepung tadi.
3.  Uli hingga membentuk doh.  Alas atas dan bawah doh dengan plastik sebelum digelek setebel 0.5cm.  Terap doh menggunakan acuan dan letakkan dalam tray pembakar.  (doh ni agak melekat dan lembik, so kena guna plastik..kalau tak ia akan melekat pada penggelek)
4.  Sapu putih telur diatasnya sebelum melekatkan gula-gula hiasan.
5.  Bakar biskut dengan kepanasan 110°C selama 10-15 minit.  (Ini bergantung kepada jenis ketuhar yang anda gunakan.  Dalam resepi ni saya gunakan ketuhar Khind saja..)
6.  Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Satukan bahan-bahan kering

Masukkan bahan2 yang dah dipukul gebu kedalamnya

Uli hingga membentuk doh..jgn pepandai nak tambah sukatan tepung ekk..

Alas atas dan bawah doh dengan plastik..nampak tak blink-blink tu..

Hias mengikut kreativiti memasing..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih