Brokoli Masak Mudah

Dengar je nama brokoli mesti anda terfikir menu sayuran campur.Kalau tidak pon memang anda fikir ianya jenis sayuran mahal, mana lagi nak beli bahan sayuran campur lain seperti kubis bunga, baby corn dan ntah apa-apa lagi lah..belanja nak sediakan bahan sayur campur dah sekian, belum lagi part masak-memasak!!baik makan kat kedai lah..
Tak perlu risau..anda tengok je resepi mudah brokoli saya nih..bahannya punyalah simple..tak caya??Brokoli tuh tak perlu lah beli sesanggul sebesar tapak kaki gajah..cukup lah sekadar 200gm, itu pon harga dalam lingkungan RM2-RM4..cara masakan stir-fry sesuai untuk resepi nih.  Selamat mencuba..


Bahan-bahan
200gm brokoli – potong kecil-kecil
½ batang carrot – belah dua dan hiris sederhana tebal
2 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu makan Maggi cukup rasa

1.    Celur sekejap brokoli dan carrot ke dalam air panas mendidih dan toskan airnya
2.  Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan brokoli dan carrot,tambah sedikit air saja.  Gaul rata,biarkan sekejap dan masukkan Maggi secukup rasa.
3.  Angkat dan hidangkan panas-panas.


sayuran,vegetables,brocolli

2 ulasan:

  1. Jarang masak brokoli..
    sebab ndak tau sgt mo masak resepi apa.. boleh lah lepas ni, masak ikut resepi Sue ni..:)

    BalasPadam
  2. @aTieYusof Familysenang saja masak itu bha..ko rebus lepas tu stirfry..bagus untuk anak2 ini sayur..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih