Kek Lapis Holiday Inn


6 biji telur gred A
250gm mentega
160gm susu pekat manis
80gm  Milo
80gm Horlicks
100gm gula halus
100gm tepung kek
100gm serikaya
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
**Panaskan ketuhar pada suhu 120ºC sebelum membuat adunan kek dan lapikkan loyang 6 inci dengan kertas serap minyak.
1.      Pukul mentega, ovalette, esen vanila dan gula hingga kembang.
2.    Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan paling rendah.
3.    Masukkan susu pekat, horlicks, serikaya dan tepung. Gaul hingga rata dan sebati.
4.    Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 dicampur dengan Milo dan satu lagi dicampurkan dengan Horlicks.
5.    Bakar selapis selapis 100ml (guna sudu sukatan cecair khas) selangselikan adunan Milo dan horlicks hingga habis dengan kepanasan 120ºC, 8-10 minit setiap lapisan menggunakan api atas sahaja.





2 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih