Sambal Nasi Lemak Mudah

Menu berlauk kekadang mengundang rasa muak, jemu pada kita.  Apa kata kita tukar seketika menu harian berlauk kepada menu..all in one..Tak lain tak bukan..nasi lemak..salah satu makanan kegemaran kita.   Resepi mudah yang saya nak kongsikan bersama anda kali ni adalah resepi sambalnya saja..yang lelain tuh seperti telur rebus, ikan bilis goreng, hirisan timun…(takkan saya nak tunjukkan caranya sekali kat sini mcm mana nak goreng ikan bilis??)..Bahagian mudah tu, anda sediakan sendiri, tau..resepi sambal ni simple saja dan tak pedas sangat jika ikut sukatan yang diberikan.  Untuk resepi nasi yang enak digandingkan bersama sambal nasi lemak mudah ini, klik sini



Bahan-bahan
1 biji labu bawang bawang besar – dihiris nipis
*280gm bawang besar
*4 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah                
*Segenggam cili kering, dibuang biji dan rendam sekejap dalam air panas
*1 sudu teh belacan - lebihkan pon tak pa (saya guna belacan buatan Miri..seddapp!!)
(Bahan2 yang bertanda (*) kena kisar halus bersama 220ml air)
Kicap Manis Adabi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1.         Tumis bawang yang dihiris sekejap dan masukkan bahan kisar.
2.       Tutup periuk, masak hingga sambal pecah minyak. (Jangan ditambah air)
3.       Masukkan Kicap Manis 3-4 sudu makan, sedikit gula dan garam secukup rasa. (Sepatutnya sambal ni rasanya manis, pedas, berlemak dan sedikit saja rasa masin..)
4.       Bila sambal hampir kering airnya dan berwarna kehitaman sikit, angkat dan hidangkan bersama telur rebus, hirisan timun, pusu goreng garing dan nasi panas.

Tips berguna
*Untuk mengelakkan anda terkena minyak panas semasa menumis (sakit woo..!), bawang hiris dan bahan kisar dimasukkan serentak sebaik sahaja minyak dituang ke dalam kuali.  Tidak perlu tunggu minyak itu berasap sakan..
(Bunyinya agak pelik,kan?..tapi itu adalah antara petua dari Chef Wan yang terkenal tu..jangan tak tau.)
*Sukatan cili kering bergantung kepada tahap kepedasan yang diingini.
**Pilihan resepi sambal yang lain**