Tips Kek Cawan Mudah


Salam sejahtera. Ni nak share sikit tips berguna dalam menghasilkan….
Kek cawan gebu dan lembut
·       Tepung gandum dan serbuk penaik perlu diayak terlebih dahulu.  Sebaik-baiknya 2 kali ayak kerana ini membolehkan udara terperangkap ke dalam tepung.  Ini membantu adunan kek cawan naik sempurna apabila dibakar kelak.
·       Saya syorkan agar guna serbuk penaik berbanding dengan soda bikarbonat.  Sesetengah brand soda bikarbonat rasanya pahit dan berketul-ketul.
·       Semasa memasukkan bahan-bahan ‘basah’ seperti majerin, susu segar atau telur, adunan hendaklah berterusan dipukul @ diputar menggunakan mixer. 
·       Sebaiknya anda masukkan bahan-bahan seperti tepung dan susu segar berselang-seli. Masukkan satu pertiga kuantiti tepung ke dalam adunan, kemudian separuh sukatan susu segar.  Apabila dah sebati, masukkan sedikit lebihan tepung tadi dan separuh lagi susu segar. Akhir sekali masukkan semua baki tepung tadi dan teruskan putar menggunakan mixer.  Dengan kata mudah..mulakan dengan tepung, akhiri dengan tepung juga..susu segar sebaiknya kita gunakan brand Dutch Lady..bau tak hamis.
·       Ketuhar kena panaskan dulu sebelum memulakan proses membakar.  Biasanya saya gunakan kepanasan 120°C selama 10 minit sebelum membakar.