Agar-agar Pelangi Mudah



Nampak tak gambar atas tu?? Bukan setakat kek saja yang boleh berlapis-lapis..agar-agar pon boleh..(elleehhh..semua orang tau..ha!!ha!!.lawak tak?)  Saja bagi gambar tu saiz besar..agar menampakkan lapisan warna yang cantik dan sedap mata memandang, lagi sedap kalau dimakan..ha..!!
Resepi agar-agar pelangi mudah ni sesuai dijadikan pencuci mulut dan sedap jika dihidangkan sejuk-sejuk.  Bagi anda yang tidak menggemari agar-agar manis, bolehlah dikurangkan sukatan gula..Pilihan warna pulak bergantung kepada citarasa masing-masing..nak agar-agar warna biru pon boleh..Selamat mencuba!

20gm agar-agar tali
280gm kelapa parut (ditambah dengan 300ml air dan diperah santannya)
160gm gula
80gm gula Melaka
1500ml air
3 jenis pewarna (pink,hijau dan coklat)

Cara-cara
1.    Didihkan air, gula, agar-agar tali dan gula Melaka hingga agar-agar hancur dan tapiskan.
2.  Masukkan santan dan kacau rata.
3.  Ambil 2 senduk larutan agar-agar dan warnakan dengan warna coklat.  Letakkan dalam acuan dan sejukkan.
4.  Bila lapisan tadi dah keras, ulangi langkah 3 tadi dengan menggunakan warna lain pula.
5.  Lebihan agar-agar yang belum diwarnakan mestilah dalam berkeadaan suam agar tidak mengeras.  Anda boleh memanaskannya sedikit dan padam api..Pastikan jangan dididihkan larutan agar-agar kerana dikhuatiri nanti santan akan pecah minyak..
6.  Sejukkan sebelum dihidangkan..

Tip: Bagi memudahkan kerja mewarna agar-agar, tuangkan setiap pewarna ke dalam bekas kecil (tak perlu banyak)..so tak perlu lah tiap kali nak mewarnakan agar-agar anda kena buka tutup botol pewarna..

6 ulasan:

  1. wah best nyew pagi2 leh tgok & mkn pelangi nih..hehehe..cedap2x

    BalasPadam
  2. itu bukan sebarang pelangi,ha...bleh makan lagi tuh!!!

    BalasPadam
  3. lamanya tak jenguk dapur suebee.
    hari ni intai agar2 pelangi. nampak very2 tempting!

    BalasPadam
  4. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com
    nak cuba resepi ni ya...follow laman anda nice

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih