Kek Span mudah

Selamat menjenguk ke blog resepi masakan mudah yang skema..Hari tuh pernah sekali saya cuba buat kek span..resepinya saya ambil dari internet.  Tapi malangnya tak menjadi dan hasilnya sungguh hodoh dan tak sedap walaupun bahan dan sukatannya sama seperti dalam resepi.  Resepi yang saya gunakan tu dah print cantik-cantik akhirnya masuk bakul sampah bersama keknya sekali..sungguh menyedihkan!!
Saya cuba buat untuk kali kedua..resepi yang saya gunakan untuk kali ini sebenarnya resepi dalam fail lama..dan pada asalnya ia adalah resepi Lapisan Kek dan puding karamel.  Saya ambil bahagian resepi kek span sahaja (kreatif tak saya?..ha!!).  Jadi untuk meraikan keajaiban Kek Span mudah saya yang menjadi ni, saya kongsikan bersama anda resepi mudah ini.. selamat mencuba!!
Untuk resepi kek span pisang, klik sini..



70gm tepung gandum
60gm gula halus
2 biji telur
20gm Buttercup – dicairkan
1 sudu teh pes pandan brand Koepoe-koepoe
**Panaskan ketuhar 130°c, api grill atas dan bawah, pusingkan timer ke 15 minit..

Antara bahan-bahan yang mudah dicari kat supermarket
Cara-cara
1.    Asingkan putih dan kuning telur.  Pukul putih telur dengan separuh gula hingga menjadi meringue..gunakan kelajuan maksima.

2.  Separuh gula lagi dicampur dengan kuning telur dan pes pandan, pukul hingga menjadi krim.

3.  Masukkan ke dalam adunan meringue,gaul perlahan-lahan dengan menggunakan spatula..(jangan gaul lama-lama, tau)

4.  Ayak tepung ke dalam adunan dan kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.  Masukkan Buttercup yang telah dicairkan dan gaul sebati.

5.  Sediakan acuan kek bersaiz 6’x6’, lapis dengan kertas dan taburkan sedikit tepung ditepi acuan.

6.  Bakar kek selama 15 minit, 130°C.  Setelah masak, sejukkan atas redai kek sebelum dipotong.


**Adunan kek span ini sedikit dan hanya perlu gunakan acuan kek bersaiz kecil.  Jika mahu kek bersaiz besar, gandakan sukatan bahan-bahan kek ini.
**Bakar kek menggunakan api atas dan bawah..kepanasan ketuhar bergantung kepada jenis ketuhar yang anda gunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih