Swiss Roll mudah


Selamat menjenguk masakan mudah..Bowink dengan lapis-melapis, kita gulung-menggulung kali ni,okey tak?  Ini percubaan kali kedua saya membuat swiss roll..dan hasilnya agak menjadi.  Biasalahkan..kalau benda baru belajar buat tak semestinya sempurna. Tapi tak pa, kalau selalu praktis pasti akan membuahkan hasil yang sempurna dan sedap..Selamat mencuba..

3 biji telur gred B
50gm gula
40gm tepung gandum
60gm Buttercup -cairkan dan sejukkan dulu
½ sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
½ sudu makan ovallete
½ sudu makan susu tepung
Sedikit pewarna coklat
Coklat spread / butter icing secukupnya

Cara-cara
1.    Panaskan ketuhar pada suhu 120°C selama 20 minit, api atas dan bawah.
2.  Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan susu tepung.
3.  Satukan telur, gula, esen vanila, ovalette, pewarna dan tepung ke dalam mangkuk.  Pukul kesemua bahan (kecuali Buttercup cair) dengan kelajuan maksima selama 5-8 minit tanpa henti hingga adunan gebu dan kembang.

Semua bahan dicampur kecuali Buttercup

Pukul adunan hingga kembang


4.  Masukkan Buttercup cair ke dalam adunan dan kaup balikkan menggunakan spatula / hand whisk hingga rata.


Bila adunan dah kembang barulah masukkan Buttercup yang dicairkan


5.  Tuang adunan ke dalam acuan kek yang telah di sapukan sedikit Buttercup dan ratakan permukaan.

Ya ampun..saya takda loyang kek khas untuk swiss roll..guna ni pon jadiklah..


6.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 120°C selama 10-14 minit menggunakan api atas bawah.
7.  Bila masak, keluarkan dari acuan, biarkan sejuk sebelum di sapu dengan aising atau chocolate spread dan gulung seperti biasa.


Sejukkan atas redai kek..senang je keluar tak melekat langsung..

Sapukan aising mentega..jem pon boleh


Gulung ketat-ketat dan bungkus dengan plastik.


**Jika menggunakan acuan kek berukuran 8 inci, 2 senduk adunan sudah memadai kerana ianya tidak terlalu tebal apabila digulung nanti.
**Swiss roll yang digulung perlu dibungkus dalam plastic wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum dipotong.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih