Ikan Kembung masin goreng

Masakan mudah kali ni, saya nak kongsikan bersama anda ialah kembung masin goreng…ni sapa-sapa pon boleh buat.  Payah sangat ke nak goreng ikan masin?..

Kegemaran seisi keluarga..

Amaran!!!  Hidangan ni tidak sesuai untuk
**pengidap high blood..
**pengamal diet kurang garam dan hanya makan makanan berzat.
**orang yang terbiasa makan makanan bertaraf 5 bintang saja..benda-benda alah macam ikan masin tak pandang pon walau dengan sebelah mata..

Namun, hidangan mudah ni sesuai sangat bila..
**makan bersama nasi panas, berlaukkan sayur kangkung, sayur paku, pucuk ubi goreng belacan
**tengah poket kering dan tak da modal nak beli lauk-pauk mahal.
**digandingkan dengan bubur nasi panas-panas
**dijadikan menu utama apabila hendak masuk hutan, kebun atau pun ladang sawit (teringat plak masa kecik-kecik dulu)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih