Kari Nanas Mudah






Selamat berBW kat sini. Ni nak kongsikan resepi mudah kari nanas cara Sue..mudah sangat-sangat. Tak perlu cari rempah ratus bagai dan hanya perlu sediakan 4-5 bahan saja. Hidangan ekspress ni sesuai bagi anda yang kesuntukkan masa sebab perut dah berbunyi minta diisi..ha..ha..!! Amat sesuai sekali jika dihidangkan bersama ikan masin goreng (lagi!!) dan nasi panas.





400gm nanas – bersihkan dan potong kiub
2 sudu teh serbuk kari – campur dengan sedikit air
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 sudu teh gula – sukatan bergantung kepada rasa masam/manis nanas

1. Bawang merah dan putih ditumbuk halus kemudian di tumis hingga garing.
2. Masukkan pes kari, kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan nanas,gaul rata dan tutup periuk. Masak hingga nanas lembut kemudian bolehlah dimasukkan gula secukup rasa.

6 ulasan:

  1. Blogwalking sana-sini semuanya megancam... Ntah mana satu nak masak nanti... Kari nenas pun mengancam gak ni...

    BalasPadam
  2. cedapnyeeeee

    kari nenas dgn pajeri nenas sama la kan?

    BalasPadam
  3. ogyep,masak apa saja yang ada kat dapur .he..hee

    BalasPadam
  4. as, 2 mende alah ni adik-beradik lah..nak try masak?

    BalasPadam
  5. misha,try la buat..simple je tu

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih