Salutan Ayam Panggang

Salam sejahtera. Nak up balik entry lama  zaman purba masa cik ahkak baru merangkak masuk dunia blogging.  Kat sini nampak sangat la skill amik gambar tu agak ke laut. Sukati je dia snapsnap, takda bakat terpendam langsung..hahaaa!! Gelak lah ramai ramai kekitaa.

10 kepak ayam – bersihkan dan toskan airnya
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 sudu makan serbuk cili
½ sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai
½ sudu makan jintan manis
½ sudu teh jintan putih
½ sudu teh ketumbar
½ sudu teh garam
½ cawan gula – cawan yang bersukatan 200ml

Cara-cara
1. Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali kepak ayam), dikisar halus (gunakan pengisar kering – untuk orang kisar biji kopi tuuu...)
2. Lumurkan pada kepak ayam dan perap lebih kurang 2 jam sebelum dipanggang. Jika anda ingin memanggang menggunakan ketuhar, gunakan kepanasan 180°C - 200°C selama 10-15 minit menggunakan api atas dan bawah.
Makin lama diperap makin meresap rasa rempah tu.  Warna original, okay.. guna serbuk kunyit saja dah cukup untuk solekan ayam panggang.  Food coloring tak da dalam list.
Jumm kita main panggang-panggang kepak ayam hujung minggu ni.  Biarkan team kuning merah gi bersukan sendirian kat padang, kita buat hal kita sendiri asal tak menyusahkan orang.  Sekian.

9 ulasan:

  1. SEDAPNYA AYAM PANGGANG SUE DH SEDIA UTK MKN NASI THARI TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi kak PI. Ayam panggang macam ni mmg sedap daripada goreng.

      Padam
  2. Makk aiii sedap ayam panggang. Boleh lah cuba resepi sue ni nti.. hubby kamek suka panggang2 ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple tapi sedap mun perap lama2..

      Padam
  3. Resipi ni ringkas kan SB tapi nampak menyelerakan.. insyAllah MK akan cuba resipi ni

    BalasPadam
  4. Kat rumah tak de panggang mcm tulah SB...periuk ajaib ada le...

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna periuk ajaib pon tak, OKje.. :)

      Padam
  5. Senang je nak buat ayam panggang ni. Salu klo teringen beli je. Boleh try buat sendiri lepas ni!

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih