Kuih Lapis Mudah






Selamat menjenguk ke dapur suebee. Lama dah tak update blog..bersawang kiri kanan atas bawah..selak2 terjumpa black widow..ha..ha..ha..Hari tu kan saya terjumpa satu blog awesome nih..punya lah banyak resepi..tapikan dari bebanyak resepi yang ada kat blog awesome nih, resepi nih jugak yang menarik perhatian saya. Empunya blog awesome..izinkan saya berkongsi resepi ni..Kuantiti bahan-bahan kuih ni semuanya saya guna separuh dari kuantiti resepi asal..dan ada bahan-bahan yang saya tambah sendiri mengikut keperluan..Kuih lapis ni memang betul-betul mudah nak buat..

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
¾ cawan gula pasir
1 kotak santan pekat 200ml – tambahkan 3 cawan air kosong dan kacau rata
½ sudu teh garam
2 sudu teh coklat emulco
Beberapa titik pewarna pink

*Sediakan pengukus terlebih dahulu sebelum memulakan proses membuat adunan.
*Loyang bersaiz 7 inci digunakan sebab adunan ni sikit sahaja
*Loyang perlu disapu dengan minyak masak dan panaskan dalam pengukus sebelum digunakan.

Cara-cara
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, gula pasir, santan dan garam ke dalam pengisar (blender) dan kisar hingga sebati.


2. Tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak.
3. 1 bahagian diwarnakan dengan pewarna pink dan satu lagi dicampurkan dengan coklat emulco.



4. Kukus selapis demi selapis hingga habis..

4 ulasan:

  1. Cik Rose nak,amik la sepotong je tau..he

    BalasPadam
  2. kaler dia menarik ... mgg lepas ade gak makan kuih lapis tp kaler yg biasa ... merah/putih

    BalasPadam
  3. Resepi sama kot tapi rasa lenlain..he..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih