Strawberry Cupcakes

**Kek cawan Strawberry mudah ni sedap sebab tak berapa manis dan rasa masam dari buah strawberry..haruman kek ni pon dah cukup menyelerakan. 
**Sesuai untuk bekalan anak-anak ke sekolah atau minum petang.
Bau aroma dari buah strawberry menyengat hidung..sedap
Saiz cupcakes versi normal...(yang kat atas tu tak normal..ha..haa..kecil sgt2)

360gm tepung gandum
240gm Buttercup
160gm gula
4 biji telur gred B
6 biji buah Strawberry (dipotong kecil-kecil)
2 sudu teh serbuk penaik
290ml susu segar Dutch Lady
1 sudu teh pes strawberry
1 sudu teh pewarna pink

Cara-cara
1.    Panaskan ketuhar pada 140°C, pusingkan timer ke 10 minit.
2.  Ayak tepung gandum dan serbuk penaik sebanyak 2 kali.

Antara bahan2 asas untuk buat cupcakes

Strawberry di potong kecil-kecil


3.  Pukul Buttercup dan gula hingga gebu.
4.  Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.

Pukul telur guna kelajuan minima sahaja..


5.  Selang-seli masukkan tepung dan susu segar.  Gaul hingga adunan sebati.

Masukkan tepung dan susu selang seli


6.  Masukkan potongan buah strawberry, pes dan pewarna sekaligus dan gaul hingga rata.

Masukkan potongan strawberry, pes dan pewarna sekali gus..guna spatula pon boleh

Dah campur semua, rupanya molek macam ini..

 7.  Sediakan acuan kertas, sendukkan adunan hingga memenuhi ¾ acuan.

Acuan tak perlu digris..

Guna acuan kecil pon okey..


8.  Bakar dengan kepanasan 140°C, 10-15 minit.  Selamat mencuba..

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih