Polka Dot Cupcakes


Bahan-bahan
120gm Buttercup
80gm gula halus
200gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik Royal
2 biji telur ayam gred B
120ml susu segar Dutch Lady

Beberapa titik esen vanila
Pewarna – terpulang kepada citarasa masing-masing
Jem Blueberry / Chocolate Spread – isikan ke dalam piping bag
Piping Bag dan mangkuk kertas saiz kecil secukupnya
#Panaskan ketuhar 140°, pusingkan timer ke 15 minit.
Cara-cara
1. Tepung gandum disatukan dengan serbuk penaik,diayak 2 kali.
2. Pukul Buttercup bercampur gula hingga gebu.
3. Sambil dipukul,masukkan telur sebutir demi sebutir.  Apabila sebati, esen vanila, separuh sukatan tepung dan susu segar.
4. Masukkan lebihan tepung tadi dan gaul rata. Pastikan adunan tidak berketul sebelum di bahagikan kepada beberapa bahagian dan  ditambahkan dengan pewarna pilihan.




5. Masukkan adunan yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan isikan mangkuk  kertas ¾ penuh.


6. Isikan dengan jem / chocolate spread di atasnya dan tutup inti dengan adunan tadi.


7. Paipkan sedikit adunan warna lain di atas permukaan tadi dan buat hingga habis.

8. Bakar kek cawan selama lebih kurang 10-15 minit pada suhu 120°-140°C..(bergantung kepada ketuhar masing-masing)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih