Biskut Cornflakes Rangup

chef ismail ahmad cookbook
(Sumber:Nestle Cornflakes Festive Recipes by Chef Ismail Ahmad)

Bahan-bahan
1½ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung beras
50gm Cornflakes Nestle – dikisar halus
350gm mentega / majerin
½ cawan gula aising
½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1.      Ayak tepung jagung,tepung gandum dan tepung beras.  Masukkan cornflakes dan ketepikan.
2.    Pukul sebati mentega/ majerin, gula dan esen vanilla.
3.    Masukkan tepung tadi dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
4.    Canai doh setebal 3mm dan terap dengan acuan biskut.
5.    Letak atas tin pembakar yang telah dilenser.
6.    Bakar dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 12-15 minit atau kekuningan.
7.    Sejukkan atas redai kuih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih