Kaedah memasak





Tumis / Stir-fry
Menumis ialah kaedah memasak makanan dengan cepat.  Bahan-bahan makanan dipotong kecil, ditumis dengan sedikit minyak dalam periuk atau kuali di atas api yang panas dan dikacau sepanjang masa memasak bahan tersebut.  Kaedah ini biasa digunakan dalam masakan Cina.

Merebus / Boiling
Bahan-bahan masakan dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi air.  Ianya dibiarkan tenggelam dan akan masak disebabkan suhu air yang panas mendidih.  Contoh masakan mudah yang menggunakan cara ini ialah telur rebus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih