Biskut Cornflakes Milo

Salam sejahtera.. Ni nak kongsi resepi mudah biskut milo. Lama terpendam kat rak buku, akhirnya keluar jugak hasilnya dari dalam ketuhar daku..hihii!!.. 

Bahan-bahan
200gm tepung gandum
½ camca teh serbuk penaik
2 cawan Nestle Cornflakes – dikisar halus
150gm mentega / majerin
100gm gula kastor
1 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
½ cawan Milo – dilarutkan dalam 2 sudu makan air panas

Cara-cara
1.      Ayak tepung gandum dan serbuk penaik, masukkan Nestle Cornflakes dan ketepikan.
2.    Pukul mentega, gula, telur dan esen.
3.    Masukkan larutan Milo dan campuran tepung.  Gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
4.    Canai doh setebal 3mm dan terap dengan acuan.
5.    Letak di atas tin pembakar yang telah dilenser.
6.    Bakar dalam ketuhar bersuhu 180ÂșC selama 12-15 minit atau hingga masak.
 Bila dah masak, sejukkan dulu atas redai kek barulah disimpan dalam bekas kedap udara.  Resepi yang simple dan mudah ni sesuai untuk yang baru berjinak-jinak buat biskut. Sumber resepi daku cedok dari  buku Chef Ismail Ahmad..Koleksi dari Cornflakes Nestle awal tahun 2000 dulu..hahaa!!..bole masuk muzium Kuching dah..sekian.

chef ismail ahmad cookbook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih