Acar Belimbing Buluh



Nak tengok macam mana rupa belimbing buluh??Mehh sini..dapur Suebee keluarkan gambar belimbing buluh.. yang ni baru dipetik dari pokok depan rumah, segar gitu..saiznya agak kecil jika nak dibandingkan dengan belimbing biasa. 

 Rasa belimbing buluh ni agak masam tahap dewa..bagi yang bergigi sensitive..jangan berangan nak mengunyah mentah-mentah buah ni..  Tapi bila dah dimasak kena pada caranya..buah belimbing buluh ni memang sedap!!!Nak buat sambal bleh jugak..Selamat mencuba!!!

20 biji belimbing buluh
15 biji cili padi
150gm gula
1 sudu teh garam
Air secukupnya

Cara-cara
1.      Rebuskan belimbing dan cili pada bersama gula dan garam.  Kacau hingga gula dan garam hancur.
2.    Biarkan mendidih hingga kuah menjadi agak pekat.
3.    Angkat dan sejukkan.  Simpan acar dalam balang kaca dan letakkan dalam peti sejuk untuk menjamin jangka hayat acar lebih lama.

4 ulasan:

  1. sedapp tu..sye mmg suke belimbing nih..mana pic yg dah jadi acarnye.nak tgok

    BalasPadam
  2. @Chenta Eyfa Latieyfabelimbing yang ada tuh sume dah jadik sambal. Tapi resepi acar ni mmg dari sumber yang boleh dipercayai.haruslah dicuba yerr..

    BalasPadam
  3. sedap tu... letak dlm masak lomak pun sedapp...

    BalasPadam
  4. @mrs mell
    terlilur plak bila tiba bab masak lemak..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih