Ayam Pansuh



Mana foto Ayam Pansuh??  Yaa ampun..takda foto ayam pansuh memandangkan sekarang ni bukan musim perayaan kat Sarawak..Menu famous ni menjadi menu utama bila tiba Perayaan Gawai di samping hidangan lain..Jika anda ada kemahiran hidup memasak lemang..macam tu elok sangat kalau mencuba resepi ini..Buluh kena rendam dalam air sebelum digunakan bagi mengelakkan ia cepat hangus

½kg ayam – dipotong dadu
4 batang serai – diketuk
1cm halia
1cm lengkuas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
Garam secukupnya
Secekak pucuk daun ubi muda – diramas kasar
Buluh untuk memasak

1.      Halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus.
2.    Gaul ayam, pucuk ubi, garam dan bahan yang di tumbuk dan perap selama 10 minit.
3.    Masukkan kesemuanya ke dalam buluh dan masak selama 15-20 minit di atas api kayu sebagaimana cara membakar lemang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih