Bunga durian pun boleh dibuat lauk..


Sesiapa pon kenal cam na rupa buah durian..bagaimana pula dengan bunga durian??..haha..mesti ada di antara anda tak tau macam mana rupa bunga durian, kan??Sekarang, tengok pepuas…ni lahh rupa bunga durian..agak kekuningan, panjang sedikit..kalau baru jatuh dari pokoknya..bau tersangatlah harum..Tak percaya?? Terpulang kepada anda..

Jangan tak tau, bunga durian ni boleh dimasak..Nak resepi??mehh sini, dapur Suebee kongsi resepi mudah bunga durian..

Bunga durian – agak2 dalam 3-4 genggam, direbus hingga lembut dan toskan
3 ulas bawang putih
1 sudu belacan – letak banyak-banyak pon boleh
Sedikit garam
Minyak – lebihkan sedikit..

Cara-cara
1.      Tumbuk bawang putih dan belacan hingga lumat.
2.    Panaskan minyak, tumis hingga naik bau (sedap belacan).  Kemudian masukkan bunga durian tadi dan gaul.  Tutup periuk dan biarkan 2-3 minit.
3.    Perasakan dengan garam, angkat dan hidangkan panas-panas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih