Kek Span Pisang



Hari tuh projek buat kek pisang yang sedap lagi gebuss..kali ni nak buat kek span pisang pulak..Betul ke pisang boleh dijadikan bahan untuk buat kek span??Tak da laahhh..resepi kek span pisang ni guna esen pisang saja..Selamat mencuba!!..



4 biji telur gred A
130gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
120gm gula kastor
40gm air masak
60gm minyak masak
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh ovalette

Cara-cara
1.      Panaskan ketuhar 140Âșc, lapik loyang 6’x6’ dengan kertas serap minyak dan griskan dengan mentega/majerin.
2.    Ayak tepung kek dan serbuk penaik.
3.    Dalam mangkuk besar, satukan telur, gula, ovalette dan tepung.  Pukul dengan kelajuan minima hingga semua sebati kemudian tukar kepada kelajuan maksimum dan pukul selama 5 minit.
4.    Masukkan air dan esen pisang dan pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang, gebu, ringan dan agak keputihan.

5.    Masukkan minyak masak dan kacau rata menggunakan spatula.
6.    Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit.  Setelah masak, telangkupkan loyang tadi selama lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek mendap.  Kemudian letak balik dalam kedudukan asal. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih