Lesung batu untuk hantaran perkahwinan?



Lesung batu untuk hantaran perkahwinan? Salah ke disisi undang-undang ??
Siapalah yang agaknya tidak kenal lesung batu..Tidak menghairankan jika ada generasi baru yang langsung tak pernah tengok atau sentuh lesung batu..taunya lesung pipit je.. Meh sini..tengok betul-betul camna rupa cik lesung batu kita yang comel ni..
hantaran pertunangan,idea hantaran

 Kali ni dapur Suebee nak blablabla tentang fungsi lesung batu.
1.      Nak tumbuk sambal?? lesung batu jawabnya..
2.    Resepi kata bawang ditumbuk lumat?? lesung batu lah jugak jawabnya..
3.    Pucuk ubi di tumbuk halus-halus?? kena jugak carik lesung batu.
4.    Blog RMM cakap..lada hitam ditumbuk kasar?? lesung batu jugak..
5.    Nak baling kucing tengah curik ikan masin atas meja?? Alu jawabnya.   
Pendek kata bukannya sedikit fungsi lesung batu nih.  Tapi salahkah kalau lesung batu nih digunakan sebagai hantaran??  Apa yang peliknya??  Almaklumlah, zaman sekarang semuanya nak tunjuk brand dan tanda harga pada hantaran perkahwinan.  Tak sah kalau hantaran kahwin tuh tak bernilai ribu riban.  Pada saya elok sangat lah kalau lesung batu ni dibuat sebagai hantaran..besar maknanya tuh terutama kepada bakal-bakal isteri..takde lah berat sangat lesung batu jika dibalut elok-elok dan dijadikan sebagai hantaran..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih