Mee Kolok Sarawak



Meehhhh sini..amik resepi mee kolok..tak nak rasa masin, kurang garam atau kicap nya..solek bagi cantik penampilan..letak sayur daun yang dah dicelur..nak daging lebih..boleh juga..tak jumpa mee kolok fresh??..erkkk mana nak cari??....boleh gunakan mee kuning kering paket yang ada di jual kat pasaraya..

300gm mee kolok
5 ulas bawang merah – digoreng garing
Sedikit garam
5-6 tangkai daun bawang – dipotong halus
100gm dada ayam – hiris nipis
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap soya cair
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada putih
Air mendidih secukupnya
(hidangan untuk 2 orang je nii..)

1.      Celur hirisan daging ayam ke dalam air mendidih hingga masak, tos dan ketepikan.
2.    Campurkan garam,kicap pekat, kicap soya cair, sos tiram dan serbuk lada ke dalam mangkuk.  Kacau sebati.
3.    Celur mee kolok ke dalam air mendidih selama lebih kurang 3-4 minit, angkat dan toskan.
4.    Gaul mee kolok dengan bahan sos tadi hingga rata dan masukkan hirisan daging ayam.
5.    Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun bawang.

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Guna instand noodle blh x ganti mee kolok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda masalah dik cuma rasa dia agak tak sedap kalau guna instant noodle. Mee kolok asli rasa lebih kenyal dan tak mudah hancur dan kembang bila dicelur

      Padam
    2. Takda masalah dik cuma rasa dia agak tak sedap kalau guna instant noodle. Mee kolok asli rasa lebih kenyal dan tak mudah hancur dan kembang bila dicelur

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih