Sambal Mangga Muda




Perkataan 'mangga muda' pun dah cukup membuatkan kita terliur mendengarnya..belum lagi menjamah sambal mangga muda yang betul-betul menyelerakan..apatah lagi bila dihidangkan bersama nasi panas..Di sini dapur Suebee nak kongsikan bersama anda sambal mangga muda yang cukup mudah dan senang.  Tak perlukan bahan yang banyak..dan hidangan ni cukup untuk 3-4 orang (sekali makan la)..Selamat mencuba.

200gm mangga muda – diparut kasar atau hiris
40gm ikan bilis – direndam sebentar dalam air panas
10 tangkai cili padi
20gm belacan

1.      Tumbuk lumat ikan bilis, cili padi dan belacan.

2.    Campurkan ke dalam parutan mangga muda, gaul rata dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih