Sayur Petola Mudah


petola
Selalu kalau beli petola mesti ada yang sukar nak pastikan sama ada petola ni muda atau tua. Kalau tua, tentu dah bersabut isinya dan boleh dibuat penyental badan sewaktu mandi.  Untuk pastikan petola ni muda dan boleh dibuat sayur, pastikan anda pilih yang bersaiz kecil. Picit dan jika terlalu keras dan warna agak kehijauan rupanya kecut semacam, itu tandanya petola tu dah tua..Petola muda agak lembut dan warna hijau tidak terlalu gelap. Jangan pilih petola bersaiz besar kerana potensi nya untuk bersabut adalah amat besar..Selamat mencuba..

1 biji petola – kupas kulit dan hiris sederhana nipis
2 ulas bawang putih
Sedikit cincangan daging ayam
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya sebagai kuah
Sedikit minyak untuk menumis

1.    Tumbuk lumat bawang putih dan tumis hingga naik bau, masukkan daging cincang dan gaul rata.
2.    Masukkan petola yang telah dipotong, gaul rata dan tutup periuk selama 1 minit.
3.    Masukkan air secukupnya, biarkan merenih sebentar dan campurkan Maggi Cukup Rasa.  Angkat dan hidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih