Apa itu Ovalette??



cake stabiliser
antara produk berkualiti keluaran G-Horse
Ovalette adalah penstabil kek dan membuatkan kek lebih gebu dan lembut.  Permukaan kek juga naik serata..jika betul cara anda mengadunnya..  Ia banyak digunakan dalam pembuatan kek lapis, kek cawan dan pelbagai jenis kek.  Tidak kiralah samaada cara memasak kek tersebut dikukus atau dibakar.  Warna ovalette agak kekuningan, oily, tekstur seperti gel dan tidak mempunyai sebarang bau.  Harga sebotol kecil kekadang dalam lingkungan RM4.  Sukatan penggunaan bergantung pada resepi..ada yang guna sudu teh atau sudu makan. Ovalette ni tak perlu simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.  Ianya sesuai disimpan pada suhu bilik.  Cuma kena pastikan bekasnya bertutup rapat dan dalam keadaan sekeliling yang kering dan bersih.

8 ulasan:

  1. Sebenarnya saya tak tahu pun apa fungsi ovalette. Baca entry SUe Bee ni barulah saya tahu fungsinya. TQ atas makluman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann..haruslah dikongsi bersama .. :)

      Padam
  2. Tq atas info yg diberikan :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih...atas informasi yang sangat berguna....

    BalasPadam
    Balasan
    1. diharap info ni dapat membantu sedikit sebanyak,ya

      Padam
  4. Terima kasih utk info... Tp saya ada kemusykilan la..
    Di mana saya boleh beli ovalette nie..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ovalette ni terjual kat supermarket, brand pon macam-macam jenis. Kat kedai bakeri supplier pun ada

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih