Bergedil Daging Mudah




Bergedil daging yang paling senang nak buat, cara mudah ikut cara Suebee..tak perlu goreng kentang pastu kena tumbuk lumat....bukan kerana penyakit 'M', tapi nak menjimatkan masa.  Buat hidangan mudah dan ringkas, tak perlu banyak modal..ikut saja step by step resepi kat bawah..

280gm kentang – direbus dan lenyek halus
1 biji telur – asingkan putih dan kuning
80gm daging lembu hancur
2 helai daun bawang – dipotong
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa

1.       Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan, masukkan daging hancur dan masak hingga daging keperangan dan kering airnya.
2.     Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa dan gaul rata.
3.     Campurkan ke dalam kentang lenyek bersama-sama dengan daun bawang dan kuning telur.  Gaul sebati.
4.     Bentukkan bulat leper (bulat-bulat pun boleh), salut dengan putih telur dan goreng dalam minyak yang cukup panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih