Cara menyimpan telur ayam



tray telur peti sejuk
Pernah tak anda terfikir bagaimana cara paling elok untuk menyimpan telur.  Biasanya dalam peti sejuk ada tempat letak khas untuk telur..tray yang berlubang-lubang tuh..Untuk mengekalkan telur sentiasa segar dan tahan lama, pastinya bila ia dalam keadaan sejuk.  Tray telur berlubang-lubang tuh sebenarnya boleh dibuang dan tak sesuai untuk menyimpan telur..aikkk???kenapa pulak ada orang cipta benda tapi tak boleh nak guna??Sebenarnya..cangkerang telur sangat mudah menyerap bau makanan jika ia tidak bertutup. Tak heran bila telur goreng ada bau belacan..  Lebih-lebih lagi jika peti sejuk anda adalah tempat segala, letak belacan, bawang..sayuran berakar, esen,…dah tuh ada makanan lebihan, letak je dalam pinggan dan bukan bekas bertutup..
Seeloknya telur tersebut jangan dikeluarkan dari peknya.  Telur ni kekadang ada dipek dalam bekas plastik ataupun bekas lembut seperti kotak.  Sumbat saja telur dan bekasnya sekali dalam peti sejuk..Tak muat?? beli peti sejuk yang besar lagi..hehehehe!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih