Kari Ikan Tongkol Mudah



Masakan mudah hari ni, kita masak ikan tongkol..jangan tak tau..ikan tongkol ni ada dua jenis walaupun dari keturunan yang sama..satu warna hitam dan satu lagi warna putih.  Beza ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih ni adalah pada warna dan tekstur dagingnya..Ikan tongkol hitam berbentuk lebih bulat dan gempal..tekstur daging agak kasar dan bila tersalah makan, lidah kita rasa gatal-gatal sikit..harga pula lebih murah jika dibandingkan dengan tongkol putih.  Tongkol putih pula berwarna agak cerah, sirip lebih panjang dan agak leper sikit dari tongkol hitam.  Tekstur dagingnya pula lebih sedap lebih-lebih lagi jika dimasak kari ataupun sup.  Kat sini nak share resepi mudah kari ikan tongkol..meh cuba buat sendiri kat umah,okey...
240gm hirisan ikan tongkol putih
2 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu teh serbuk cili
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 sudu teh halba
1 sudu teh asam jawa –boleh dikurangkan jika tak nak masam
Air secukupnya untuk kuah

1.      Serbuk kari dan serbuk cili dicampur dengan sedikit saja air bagi menghasilkan pes kari.
2.    Bawang putih dan bawang besar dikisar halus – tak perlu campur air.
3.    Panaskan sedikit minyak, masukkan halba dan bahan kisaran.  Tumis hingga naik bau.
4.    Masukkan pes kari, kacau rata dan masukkan air.  Tutup periuk dan biarkan mendidih sebentar.
5.    Campurkan ikan tenggiri, pes asam jawa dan sedikit garam, gaul rata.  Biarkan mendidih seketika, angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih