Kek Lapis Kenyalang




Projek kek lapis kali ni, Sue Bee try buat Kek Lapis Kenyalang versi kecil..standard size bagi kek lapis selalunya berukuran 8inci x 8 inci..tapi sukatan yang Sue Bee gunakan bagi Kek Lapis Kenyalang seperti foto di atas adalah untuk loyang bersaiz 6 inci x 6 inci..Ianya amat sesuai bagi sesiapa yang baru belajar nak  buat kek lapis.  Rasa kek ini tidak terlalu manis memandangkan adunannya dicampurkan dengan jem strawberi yang memberikan sedikit kelainan dari kek lapis yang lain.  Selamat mencuba!!..
 
5 biji telur Gred A
250gm Buttercup
100gm gula kastor
120gm tepung gandum
160gm susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
2 sudu makan susu cair
100gm horlicks
80gm jem strawberi
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah dan hijau
Loyang berukuran 6x6 inci dan dialas dengan kertas minyak, lengserkan dengan sedikit mentega disekelilingnya.

**Panaskan ketuhar pada suhu 140ºC sebelum kerja membuat adunan.
Cara-cara
1.      Pukul Buttercup, gula dan ovalette hingga putih dan gebu.
2.    Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul hingga sebati.
3.    Masukkan susu pekat manis, kacau rata diikuti dengan tepung, horlicks, esen vanilla dan susu cair. Kacau hingga adunan sebati dan tidak berketul.
4.    Masukkan jem strawberi dan gaul rata.  Jem strawberi yang dicampur dengan adunan kek akan kelihatan berketul-ketul sedikit tapi ini keadaan ini biasa dan jem tersebut akan cair sendiri bila masak kelak.
5.    Asingkan 12 senduk adunan (satu senduk=50ml) dan biarkan warna asal. Lebihan adunan tadi dibahagi dua dan warnakan dengan hijau dan merah setiap satunya.
6.    Tuang satu senduk (50ml) adunan warna asal ke dalam loyang dan  bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 140ºC selama 8-10 minit.
7.    Bila kek agak keperangan di permukaan, buat lagi satu lapisan warna asal.  Ulangi proses ini hingga menghasilkan 6 lapisan warna asal dengan menggunakan api grill atas saja.
8.    Untuk lapisan seterusnya, selangselikan adunan warna merah dan hijau hingga habis.
9.    Sudahi lapisan dengan adunan warna asal sebanyak 6 lapis.
**Kepanasan dan masa yang diambil untuk membakar setiap lapisan bergantung pada ketuhar yang anda gunakan.
**Pastikan anda menggunakan telur Gred A saja untuk resepi ini.

4 ulasan:

  1. alahai sodapnya..nak try wat laa :)

    BalasPadam
  2. @Nirathanks Nira..cuba ler wat sebijik..guna loyang kecil saja ni..senang nak bako

    BalasPadam
  3. wahhhhhh mai suka sangat kek lapis.tp mampu beli je.tak reti bt,hehe

    BalasPadam
  4. @CikMaitak pe lah..yang penting makan..tul tak?hehe..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih