Biskut Oat Kelapa





Biskut mudah disediakan ni memang sangat sedap, rangup dan cara penyediaan yang agak senang..kalau takda acuan biskut, anda boleh gunakan pisau pemotong agar-agar untuk membentuknya..kalau tak da pisau pemotong agar-agar, gunakan pisau dapur pon jadilah.  Tapi kalau nak gelek doh ni, jangan nipis sangat..agak-agak dalam 8mm gitu baru cun.  Takda kelapa parut?..tabur saja kacang tanah yang dikisar halus selepas dioles dengan putih telur.  Nak buat biskut ni kena kreatif dan tidak semestinya bergantung 100% pada resepi asal..Selamat mencuba..
 
100gm tepung gandum
100gm oat segera – dikisar halus
50gm gula halus
85gm minyak sapi
Secubit garam
Putih telur – untuk sapuan
Kelapa parut kering secukupnya
**saya guna pemotong agar-agar untuk membentuk biskut nih..

1.       Gaul tepung, oat, gula, minyak sapi dan garam hingga sebati.  Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan dan boleh diterap.
2.     Terap doh menggunakan acuan biskut, sapu permukaannya dengan putih telur dan tabur kelapa kering diatasnya.
3.     Alihkan ke dalam loyang yang dilapik dengan kertas serap minyak.
4.     Bakar doh dengan api gril atas dan bawah pada suhu 120ÂșC selama 15-20 minit.
5.     Apabila masak, angkat biskut dan sejukkan atas redai kek.  Simpan  biskut dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih