Braided Cookies



yang ni belum masuk ketuhar lagi

Berapa hari daah tak update blog?...Sue Bee buat projek biskut.  Ini salah satu darinya iaitu Braided Cookies.  Resepi ni dicedok dari Y3K Cookbook. Biskut yang penuh warna warna ceria ni sesuai jika dibuat 'doorgift'.  Kalau perasan kreatif, anda boleh juga mencuba warna-warna berani seperti biru..ungu..oren..(erkkk!!)..ada ke orang nak makan nanti??Nak buat biskut berpintal seperti ini memerlukan kesabaran tahap dewa..hehehe..anyway..selama mencuba!!
65gm Buttercup
65gm susu pekat manis
1 biji putih telur
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm gula aising
16gm maltose
Pewarna merah dan hijau
**Panaskan ketuhar sebelum proses membuat doh biskut.
1.      Ayak tepung gandum dan tepung jagung, ketepikan.
2.    Pukul Buttercup, susu pekat manis dan putih telur hingga berkrim.
3.    Masukkan gula aising dan tepung, gaul hingga menjadi doh lembut.
4.    Bahagikan kepada 3 bahagian yang sama berat, warnakan 2 bahagian dengan pewarna merah dan hijau.  Satu bahagian lagi tanpa warna.
5.    Timbang sebanyak 3 gram (seketul), bentukkan memanjang sebanyak 2 keping berlainan warna dan pintal.  Letakkan dalam loyang yang dilapis dengan kertas serap minyak.
6.    Ulangi proses langkah 5 hingga doh habis.
Bakar biskut pada suhu 120ºC selama 10-15 minit (bergantung pada jenis ketuhar yang anda gunakan.) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih