Kek Blueberry Lapis




6 biji telur Gred A
250gm Buttercup
100gm gula halus
100gm serikaya
100gm horlicks
120gm tepung kek
160gm susu pekat manis
80gm jem blueberry
2 sudu teh pes blueberry
1 sudu teh pewarna ungu
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh esen vanilla
**Panaskan ketuhar pada suhu 120ยบ, alas loyang 6 inci dengan kertas serap minyak dan griskan dengan sedikit Buttercup.

1.      Satukan Buttercup, esen vanilla, ovalette dan gula halus, pukul hingga putih dan berkrim.
2.    Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul.
3.    Masukkan susu pekat manis, horlicks dan serikaya.  Gaul sebati dan masukkan tepung dan pukul sebentar.  Kaup balikkan dengan spatula.
4.    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama berat.
5.    Masukkan jem blueberry, pes blueberry dan pewarna ungu ke dalam 1 bahagian adunan.  Pukul sebentar hingga adunan sebati.  1 bahagian lagi dibiarkan plain saja.
6.    Tuang 100ml adunan plain (guna sudu penyukat cecair khas), bakar menggunakan api atas dan bawah selama 5 minit.
7.    Ulangi proses melapis selang selikan dengan adunan blueberry hingga habis.
Resepi Kek Lapis yang mudah-mudah, klik sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih