Sayur Cili Hijau




Jum makan cili..pada sesiapa yang berniat nak turunkan berat badan, elok makan Sayur Cili Hijau.  Cili yang Sue Bee maksudkan ialah cili yang bersaiz besar tuh..bukannya cili padi.  Tak pedas sangat pon sebenarnya..sedap sangat jika digoreng bersama belacan, makan dengan nasi hangat dan ikan kembung masin goreng…kata nak turunkan berat badan.


200gm cili hijau
½ cili benggala merah
2 ulas bawang putih – tumbuk lumat bersama belacan
1 sudu makan belacan
Sedikit garam

1.      Hiris nipis cili hijau dan cili benggala.
2.    Tumiskan bawang putih dan belacan hingga naik bau.
3.    Masukkan hirisan cili, gaul dan tutup periuk.  Masak hingga cili layu.
4.    Perasakan dengan garam, angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih