Agar-agar Pandan Berlapis






20gm agar-agar tali
120gm gula kastor
180ml susu cair
2 sudu teh pes pandan Koepoe-koepoe
1000ml air
2 periuk yang sama saiz

1.      Rebus agar-agar bersama gula dan air hingga kesemuanya hancur.  Tapiskan air rebusan agar-agar tadi.
2.    Tuangkan susu cair dan pes pandan ke dalam periuk yang berasingan.
3.    Bahagikan air rebusan agar-agar ke dalam periuk tadi sama banyak dan gaul.
4.    Ambil sesenduk agar-agar pandan dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan sebentar.
5.    Bila lapisan hampir mengeras, tuang sesenduk agar-agar bersusu dan ulangi proses melapis hingga habis.
**Periuk yang mengandungi agar-agar perlu dipanaskan sekejap, tapi jangan sampai mendidih..bagi mengelakkan ianya mengeras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih