Kek Lapis India Sarawak




Sila abaikan rupa nya sebab susunan coklat Cadbury yang kucar-kacir..yang penting rasa kek lapis India Sarawak ni memang betul-betul sedap!!..Kalau anda nak tukarkan serbuk santan kepada parutan kelapa kering pon boleh tapi Sue Bee tak pasti berapa sukatannya.  Apa pon sila ambil perhatian..kesemua resepi kek lapis dalam blog Sue Bee semuanya bersaiz kecil iaitu 6inci x 6inci.  Ianya sesuai sekali bagi anda yang baru nak  berjinak-jinak dalam dunia melapis kek.  Resepi ni Sue Bee cedok dari sumber yang boleh dipercayai iaitu Dayangjack..Thanks, awak.. Selamat mencuba!!
 
250gm Buttercup
110gm gula halus
1 sudu makan ovalette
6 biji telur gred A
110gm tepung kek
35gm Horlicks asli
25gm serbuk santan paket
150gm susu pekat manis
Sedikit pewarna kuning
Kepingan coklat Cadbury secukupnya
**Panaskan ketuhar pada suhu 120ยบ C sebelum membuat adunan.  Lapikkan loyang 6 inci dengan kertas kek dan sapu mentega sekeliling loyang.

1.      Pukul Buttercup, gula halus dan ovalette hingga putih berkrim dengan kelajuan tinggi.
2.    Masukkan satu persatu telur sambil terus dipukul menggunakan kelajuan paling rendah hingga sebati.
3.    Masukkan tepung kek, Horlicks, serbuk santan dan susu pekat manis.  Gaul sebati hingga tiada berketul-ketul. 
4.    Masukkan pewarna kuning dan gaul menggunakan spatula hingga rata warnanya.
5.    Ambil sesenduk adunan, ratakan dan bakar menggunakan api gril atas dan bawah selama 5-8 minit.
6.    Bila lapisan atas keperangan, lapiskan lagi dengan sesenduk adunan dan aturkan kepingan coklat Cadbury mengikut citarasa masing-masing.
7.    Bakar selapis-selapis, selang selapis letak kepingan coklat hingga adunan habis.
**Untuk resepi kek lapis lenlain..sila klik sini..(tiada agenda tersembunyi di sini..harap maklum)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih