Sambal Belacan




Apa ada pada rupa?..Ditambah lagi dengan bau nya itu.  Sekali pandang dah tak ingin menikmatinya.  Jangan berprasangka tak sedap pada sambal belacan ni.  Rupanya saja yang begitu tapi bila dicicah dengan sayuran ulam-ulaman..boleh bertambah nasi dibuatnya.  Buruk sangat ke rupa sambal belacan ni?.  Tak kisah ler warnanya kecoklatan ke..merah ke..dah namanya sambal belacan.  Selamat mencuba resepi sambal belacan yang mudah ni..
55gm ikan bilis – direndam dalam air panas sebentar
15gm cili padi
20gm belacan
Jus limau asam secukupnya

1. Kesemua bahan di atas kecuali jus limau asam ditumbuk lumat, lepas tu campurkan jus limau asam ke dalamnya.  Gaul sebati dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih