Sayur labu kuning dan cangkuk manis




Sayur cangkuk manis atau sayur manis..sama spesis.  Kat Sarawak ianya lebih dikenali sebagai cangkuk manis..kat Semenanjung orang panggil sayur manis..apa ada pada nama?..janji sedap di makan.  Masak labu kuning lagi?..Resepi masakan labu ni tak perlukan perahan santan, jimat..Cara masak yang sihat, kurangkan minyak dan garam, elok untuk kesihatan.  Ni bebalik masak lemak, jemu rasa tekak dah..

320gm labu kuning – potong kiub
420gm sayur manis – diramas halus
3 ulas bawang putih
1 sudu belacan
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

1.      Tumbuk lumat bawang putih dan belacan.
2.    Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau.
3.    Masukkan labu kuning, kacau sebentar dan tambah sedikit air.  Tutup periuk dan masak hingga labu empuk.
4.    Masukkan daun cangkuk manis, tambah lagi air jika mahu kuah banyak.  Masak lagi selama 2-3 minit dan perasakan dengan garam.

2 ulasan:

  1. suka makan sayur ini masak bening Sue.. (tau kah tu masak bening??) hehe:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp..sedap juga walaupun simple,kan.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih