Tips menghasilkan biskut enak dan berkualiti Part 2



1.    Gunakan bahan-bahan yang berkualiti.  Jangan gunakan bahan yang sudah tamat tempoh.
2.  Sebelum membuat doh biskut, panaskan oven selama 10 hingga 15 minit.  Suhu yang paling elok untuk acara memanaskan oven ialah sekitar 120°C hingga 150°C.  Mungkin ada juga resepi yang menyatakan sebaliknya, iaitu mulakan proses membakar ketika ketuhar dalam berkeadaan suhu bilik.
3.  Loyang biskut seeloknya di alas dengan kertas kek / baking sheets.  Ini memudahkan kerja anda memindahkan biskut dari loyang ke redai kek setelah masak.  Pastikan loyang dan baking sheets pada suhu bilik sebelum meletakkan atau paipkan doh biskut.  Jika loyang tersebut masih suam atau panas, doh biskut akan mencair dan akan mencacatkan bentuk biskut tersebut.
4.  Griskan kertas kek / baking sheets dengan sedikit mentega / majerin atau lelemak sayur.  Jangan gunakan minyak masak sebab ia boleh menyebabkan biskut anda hangus.  Ada juga sesetengah resepi menyatakan bahawa anda tak perlul griskan loyang atau baking sheets.  Sebagai contoh, doh  biskut yang diletakkan dalam cawan kertas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih