Tips menghasilkan biskut yang enak dan berkualiti Part 1



Pada anda yang baru belajar buat biskut, ikuti tips mudah seperti dibawah.  Tapi jika anda seorang yang pro membuat biskut..mungkin ada sedikit tips mudah dibawah yang boleh ditambah..silakan!!..
1.    Baca dengan teliti dulu resepi biskut.  Pastikan anda mempunyai bahan-bahan yang lengkap dan mencukupi.  Proses membuat biskut memerlukan ketelitian dan kesabaran.
2.  Sebelum memulakan proses membuat biskut, sediakan kesemua peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan di atas meja.  Peralatan haruslah bersih, bebas habuk atau minyak.
3.  Gunakan loyang / bekas pembakar biskut yang bersesuaian seperti yang disarankan dalam resepi.  Loyang haruslah diletakkan betul-betul ditengah ketuhar sebelum proses membakar biskut.  Jangan padatkan ruangan dalam ketuhar anda dengan jumlah loyang biskut banyak pada satu-satu masa.
  **Klik pada 'biskut' untuk resepi biskut yang mudah dari dapur Sue Bee..Selamat mencuba!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih