Wantan Goreng





1 bungkus kulit wantan
400gm daging cincang halus
½ sudu teh serbuk lada putih
Sedikit garam
1 sudu makan daun bawang
2-3 sudu parutan lobak merah
1 biji putih telur – untuk sapuan

1.      Satukan daging cincang, serbuk lada putih, garam, daun bawang dan parutan lobak merah.  Gaul kesemuanya hingga sebati dan rata.
2.    Bentangkan sehelai kulit wantan, isikan dengan 1 sudu teh campuran daging dan ratakan.
3.    Sapu putih telur disekeliling kulit wantan dan tutup dengan sehelai lagi kulit wantan di atasnya.  Tekan dan pastikan ianya melekat.
4.    Panaskan minyak, goreng dengan api kecil hingga kuning keemasan dan rangup.  Toskan minyak dan hidangkan bersama sos cili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih