Bayam Putih Masak Tumis



Memasak sayur bayam ni hanya memerlukan masa yang singkat.. (abaikan masa memotong dan membersihkan sayur).  Bayam putih ni memang sangat sedap lebih-lebih lagi jika dihidangkan panas-panas. Khasiat bayam putih..Sue Bee tau ianya baik untuk kesihatan tapi apa jenis zat  yang terkandung dalam daunnya..---->sila tanya kat orang2 yang berkenaan..hihihi!!!

1 ikat bayam putih – diambil daun dan bersihkan
2 ulas bawang putih – tumbuk lumat
1-2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

1.      Tumis bawang putih hingga keperangan, masukkan sayur bayam, gaul sebentar 1-2 minit dan masukkan Maggi Cukup Rasa.
2.    Angkat dan hidangkan panas-panas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih