Bingka Labu Kuning

Salam sejahtera.  Kembali kitar semula entry,. Penah juga cik ahkak buat entry pasal bingka labu kuning tapi cara berbeza, tak guna blender.  Yang ni kita guna blender. (haiishhhh!! rasa janggal sangat bila menaip entry kali ni)..lama tak ke udara katanya.


400gm labu kuning (setelah dibuang kulit dan bijinya)
200gm gula pasir
250gm tepung gandum
3 biji telur gred A
1 kotak 200ml santan pekat
125gm Buttercup – dicairkan
**Panaskan ketuhar, griskan loyang bersegi berukuran 8 inci
1.      Rebus labu kuning hingga empuk dan toskan.
2.    Kisar labu bersama gula, telur dan santan hingga halus.
3.    Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan tepung.  Gaul hingga rata.  Jika adunan berketul, tapis adunan bagi mendapatkan adunan gebu dan licin.
4.    Masukkan Buttercup cair dan gaul hingga rata dan sebati.
5.    Masukkan ke dalam loyang yang sudah digris, bakar pada suhu 125ºC selama 40-55 minit menggunakan api bawah.  Selaraskan suhu dan pemasa mengikut ketuhar masing-masing.