Karipap Mudah




Pastri
Bahan-bahan
160gm tepung gandum
2 sudu makan Buttercup – dicairkan
60ml air

Cara-cara
1. Tepung gandum dan majerin cair diuli hingga menjadi seperti serbuk roti dan berderai.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, teruskan uli menggunakan tangan hingga doh sebati, lembut dan tidak melekat pada tangan.
3. Canai doh, terap menggunakan acuan bulat, isikan inti dan tutup karipap dengan menggunakan acuannya.
4. Goreng dalam minyak yang cukup panas.


*Sukatan air di atas adalah cukup untuk menghasilkan adunan doh lembut dan tidak lembik.

Inti Kentang
Bahan-bahan
320 gm kentang – potong kecil
½ sudu makan serbuk cili – boleh dikurangkan
2 sudu makan serbuk kari daging
Seulas bawang putih – dihiris nipis
1 sudu makan Majerin Buttercup
1 biji labu bawang besar
100gm hirisan halus isi ayam
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Serbuk cili dan serbuk kari daging dicampur sedikit air untuk dijadikan pes kari.
2. Cairkan mentega, tumiskan bawang putih hingga kuning dan masukkan pes kari. Bila tumisan dah naik bau, masukkan kentang, daging ayam dan bawang besar. Gaul rata dan masukkan sedikit air.  Tutup periuk dan masak hingga semuanya lembut dan kuahnya kering.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih