Sayur Midin dan Baby Corn






Midin segar dari belakang rumah

ni lerr rupa baby corn..pada sesiapa yang tak penah tengok
Antara menu yang menjadi kegemaran bila tiba waktu makan tengahari..memang tersangat ler sedap lebih lagi jika digandingkan bersama dengan ikan terubuk segar yang baru dibeli dari Medan Niaga Satok..fuhhh!!bertambah nasik dibuatnya..
1 ikat sayur midin – ambil daun dan pucuk saja
1 bungkus baby corn – buang kulit luar dan hiris nipis
3 ulas bawang putih
1 sudu makan belacan
Secubit Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

1.       Tumbuk lumat bawang putih dan belacan.
2.     Tumis hingga naik bau dan masukkan baby corn yang telah dihiris nipis.  Gaul sebentar, tambah sedikit air dan tutup periuk.  Masak selama 1 minit.
3.     Masukkan midin, gaul rata, tambah lagi sedikit air jika agak kering.  Tutup periuk dan masak lagi selama 1-2 minit.
4.     Masukkan Maggi Cukup Rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.
**Kalau tak da belacan, boleh juga gunakan sos ikan sebagai penggantinya.  1 sudu teh pon sudah mencukupi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih